Friday 18 May 2012

TAHNIAH KEPADA JURIANI MAT RODZI


LOW Khai Jei dan Juriani Mat Rodzi masing-masing dinobatkan Putera dan Puteri Sukan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak (MSSPK) 2011.
Khai Jei dari SMK St George’s, Taiping cemerlang dalam sukan golf manakala Juriani dari SMK Raja Lope Nor Rashid, Tanjong Piandang olahraga.

Khai Jei terpilih berdasarkan kejayaan meraih dua emas pada Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) melalui kategori individu dan berpasukan.
Dia turut merangkul emas acara berpasukan pada Kejohanan Sekolah-sekolah Asean di Singapura dan Kejohanan Amatur Sea Bawah 18 di Hong Kong. Dia turut mengutip gangsa dalam acara berpasukan di Sukan Sea Jakarta tahun lalu.

Sementara itu, Juriani pula berjaya berikutan kejayaannya meraih pingat perak dan gangsa acara 100m dan 200m perempuan Bawah 15 Tahun di Kejohanan Balapan dan Padang MSSM di Ipoh dan Kejohanan Western Australia dan di Kejohanan Sekolah-sekolah Sukan Singapura.

Azmeer Shah Daraman Shah dan Nor Hazwani Abdul Haris pula dinobatkan selaku Tunas Putera dan Puteri berikutan kecemerlangan mereka pada Kejohanan Balapan dan padang MSSM di Ipoh itu.
Manakala jurulatih tenpin bowling MSSM, Ahmad Haridan Mohammed, jurulatih sepak takraw, Suhairi Abd Aziz dan Phuah Lai Hock (bola baling) memenangi anugerah jurulatih terbaik.

Pasukan hoki Sekolah Anderson Ipoh dan pasukan bola jaring Sekolah Raja Perempuan Ipoh memenangi hadiah penghargaan khas berikutan kejayaan muncul juara pada kejohanan Sekolah Premier Perak.
Regu sepaktakraw Bawah 12 Tahun muncul pemenangh anugerah pasukan terbaik putera 6 anggota sepasukan ke bawah manakala pasukan ragbi bawah 18 tahun muncul pasukan terbaik putera 7 ke atas. Manakala anugerah pasukan terbaik puteri 7 ke atas ialah pasukan bola baling bawah 18 tahun.

Sementara itu Daerah Kinta Utara muncul juara keseluruhan berikutan pelbagai kejayaan dalam kejohanan antara daerah pada 2011.

Sumber : Metro

No comments:

Post a Comment