Sunday 6 March 2011

SEJARAH SEKOLAH



Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid, sempena nama 'Orang Besar Jajahan Kerian` pada ketika itu yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 24 Mei 1977 kerana serangan penyakit jantung.

Beliau berusia 88 tahun. Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid Bin Raja Abdul Rahman JMN, SPCM, PMK, MBE, CM, WSM, MD telah dilahirkan di Durian Sebatang, Telok Anson pada 1 Julai 1909.

Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya menuntut di England. Pada tahun 1933 beliau talah menyertai pasukan Askar Melayu Diraja. Pada tahun 1959 beliau telah dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral dan merupakan pegawai tentera melayu yang terulung sekali.

Yang Amat Mulia Raja Lope bersara dari tentera pada 13 Julai 1961. Pada 1 Mac 1963, Yang Amat Mulia telah dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak.

No comments:

Post a Comment