SALAM TO ALL STUDENTS AND EX-SMRLNR,PRESENT TEACHERS,FORMER TEACHERS... THE PLACE THAT OUR JOURNEY STARTED!! LET'S JOIN TO THIS BLOG...SO WE CAN SHARE SOMETHINGS HERE!!
Friday, 11 March 2011
Sunday, 6 March 2011
KENANGAN
Banyak kenangan-kenangan yang akan kita kongsi bersama di sini..
Antara yang akan Yob kongsikan..dari masa ke semasa...
Antara yang akan Yob kongsikan..dari masa ke semasa...
- Kenangan Yob ketika di 1R1 - 3R1...
- Kenangan Yob ketika menyertai Pengakap 51 Kerian..heheehe..
- Kenangan Ketika Yob dan rakan-rakan kena denda dengan Penyelia Petang dan Guru disiplin...sebab ponteng kelas English..hehehee..nakal masa tu..
- Dan kenangan-kenangan lain yang pasti akan dikongsi bersama..
ADA APA DENGAN RAJA LOPE
"ADA APA DENGAN RAJA LOPE"
Mengenali Raja Lope adalah sesusatu yang indah dan tidak dapat dilupakan..memang banyak kenangan dan pengalaman yang tak dapat dilupakan sepanjang berada di Raja Lope...
Yob dan lama kenal dengan Raja Lope sebab hampir ke semua adik-beradik Yob sekolah di sana..
Tapi apa ada dengan "Raja Lope"...mungkin dah lepas sekolah baru kita dapat rahsianya..
Ramai orang anggap Raja Lope sekolah kampung..memangpun..kalau nak dibandingkan dengan Sri Perak...Methodist atau Panglima...
Raja Lope dianggap sebagai pilihan terakhir bagi pelajar sekitar Tg Piandang untuk meneruskan sekolah menengah..
Tapi Yob tak kisah..
Selepas menamatkan sekolah rendah Yob telah ditawarkan ke SBP...tapi Yob tak nak pergi..hehe..bukan manja atau tak nak berjauhan daripada keluarga..
Tapi Yob ada misi tersendiri...yang hanya Yob je tahu...:)..sehinggakan ada seorang guru di sekolah rendah Yob kata Yob bodoh sebab tak pergi sekolah SBP...dan Yob akan menyesal satu hari nanti...
Yob sahut cabaran tu...
Hehe..daftarlah Yob di Raja Lope...1R1..kelas petang lagi...
Alhamdulillah...Yob memang happy dapat sekolah di sana..
Masa tu dapat ramai kawan...dari SK Tg Piandang..Megat Aris..Sg Baru..Sg Burung..Nam Hwa...
Memang best sangat..hahaaa..biarlah sekolah kampung..tapi misi tetap diteruskan..
Jadi apa ada dengan Raja Lope?...
terlalu banyak yang tersirat dan tersurat jika difikir dan diingat sampai sekarang...
antaranya....
RAJA LOPE ADA SEGALA-GALANYA...

- Sebenarnya kalau nak dibandingkan guru di Raja Lope dengan sekolah yang elit...guru-guru lebih prihatin dan sanggup berusaha demi kejayaan putera dan puteri Raja Lope..
- Suasana kampung di Raja Lope lebih segar kalau nak dibandingkan dengan sekolah di bandar..
- Sekiranya Yob ke SBP selepas sekolah rendah..pastinya Yob tak ada ramai rakan di kampung..buktinya..rakan2 yang masuk ke SBP hanya mempunyai rakan yang tinggal berjauhan dari kampung...
- Tak semua pelajar SBP berjaya di universiti..sebaliknya ramai bekas putera dan puteri Raja Lope berjaya ke menara gading...
RAJA LOPE ADA SEGALA-GALANYA...
CORETAN SEJARAH
9 Mac 1969
Usul penubuhan dikemukakan kepada YB. En. Mohd. Khir Johari (Menteri Pelajaran) oleh En. Mohamad Hj. Kassim (Pengerusi PIBG S.K.Tanjong Piandang).
22 Mac 1975
Desakan ulangan dikemukakan kepada Tn. Syed Abu Barakbah (Pengarah Pelajaran Perak) ketika beliau merasmikan Sukan Tahunan di S.K. Tanjong Piandang. Satu memorandum juga dihantar kepadaTan Sri Hamdan Sheikh Tahir (KPP).
26 Februari 1976
Bangunan sekolah mula dibina di kawasan seluas 10.47 ekar dan siap sepenuhnya setahun kemudian.
22 Februari 1977
En. Abd Jalil Mohd Yusof dilantik sebagai pengetua pertama. Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Tanjong Piandang.
4 Mei 1977
Hari pertama penggal kedua sekolah dibuka dengan jumlah murid seramai 232 orang di Tingkatan 1 dan 90 orang di Kelas Peralihan serta 8 orang guru.
30 Mei 1977
Nama sekolah ditukar kepada Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid sempena nama Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid (Orang Besar Jajahan Kerian).
1978
Dua kelas Tingkatan 4 dimulakan. Bilangan pelajar bertambah menjadi 1095 orang. Tenaga Pengajar termasuk staf sokongan seramai 36 orang.
1979
Menjadi Sekolah Menengah penuh yang mempunyai kelas dari tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5.
LAGU SEKOLAH
"SUDUT KAROKE"
TEKUN USAHA JAYA
Tekun usaha jaya
Itulah cogankata kita
Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid
Maju terus maju
Berusahalah kita
Semoga tercapai cita
Berjasa pada bangsa
Mengharum nama negara
Bersatulah kita semua bangsa
Tak kira agama
Semoga kita berjaya
Tekun usaha jaya
Panduan hidup kita semua
Semoga tuhan memberkati
Hidup aman bahagia
SEJARAH SEKOLAH
Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Raja Lope Nor Rashid, sempena nama 'Orang Besar Jajahan Kerian` pada ketika itu yang baru sahaja kembali ke Rahmatullah pada 24 Mei 1977 kerana serangan penyakit jantung.
Beliau berusia 88 tahun. Yang Amat Mulia Raja Lope Nor Rashid Bin Raja Abdul Rahman JMN, SPCM, PMK, MBE, CM, WSM, MD telah dilahirkan di Durian Sebatang, Telok Anson pada 1 Julai 1909.
Beliau mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan seterusnya menuntut di England. Pada tahun 1933 beliau talah menyertai pasukan Askar Melayu Diraja. Pada tahun 1959 beliau telah dinaikkan ke pangkat Brigadier Jeneral dan merupakan pegawai tentera melayu yang terulung sekali.
Yang Amat Mulia Raja Lope bersara dari tentera pada 13 Julai 1961. Pada 1 Mac 1963, Yang Amat Mulia telah dilantik sebagai Raja Kecil Besar Perak.
PANJI-PANJI RAJA LOPE
Tekun Usaha Jaya
WARNA
Hijau - Kesuburan Ilmu
Hitam - Keperihatinan
Merah - Kegigihan, Keazaman dan ketekunan
Putih - Keikhlasan, Kesucian Hati
STRUKTUR KOMPOSISI
Obor - Azam dan Iltizam
Buku - Ilmu Pengetahuan
Roda - Sains dan Teknologi
Tangkai Padi - Kemakmuran
Bulan Sabit - Agama Islam

SIGN BOARD!!
Masih teringatkah anda zaman persekolahan dahulu?..Kalau diingatkan kembali..pasti penuh gelak ketawa yang membangkitkan nostalgia!!
THE GATE
Salam..
hari ni saya berkesempatan untuk rehat sebentar dan melayari internet..terdetik untuk mencari gambar-gambar terkini Raja Lope yang penuh dengan memori..dan salah satu gambar yang diperolehi ini sedikit sebanyak mengimbas kenangan keluar masuk ke SMRLNR...
SELAMAT DATANG KE BLOG RAJALOPEAN!!
Salam semua...Selamat datang ke blog RAJALOPEAN...Diharap blog ini dapat membantu Alumni SMK Raja Lope Nor Rashid tidak kira mana-mana Batch untuk berkongsi informasi dan disamping merapatkan lagi hubungan antara satu sama lain...
PL
PL
Subscribe to:
Posts (Atom)